Selasa, 7 September 2021

JANGAN TERJAJAH DGN PANDEMIK INI "dgn cara enggan belajar mengaji"


Kelas mengaji Al Quran tetap dijalankan oleh guru-guru walaupun terpaksa secara dalam talian sahaja. Alhamdulillah, setakat hari ini, hampir 219 org mengaji dlm talian, seminggu 2-3 kali, dibimbing oleh 19 orang guru berkelayakan, di 12 buah RUMAHngaji sekitar daerah Kuantan. Guru-guru semakin mahir menggunakan platform Google Meet, Zom, Webex, video Whatsap Call, FB Stramex, FB LIVE dan berbagai pelantar lagi. Bagiku tiada yg mustahil jika kita terus berusaha dan tawakkal kepadaNya. Tiada alasan munasabah lagi utk JAHIL Quran, buta TAJWID dan lainnya. Kita harus menang melawan COVID19, jangan gara-gara Covid ini, kita hilang semangat untuk terus mendalami AlQuran.

Mungkin ada sesuatu yg kuanggap KEAJAIBAN AL QURAN apabila ramai mangsa Covid19 selama ini, samada sedang kuarantin atau masih ada di pusat kuarantin boleh sembuh dgn kegigihan  meningkatkan pembelajaran dan bacaan AlQuran di rumah. AlQuran adalah Syifa, penyembuh segala penyakit manusia zahir-batin.

Ada kampung yg secara jemaah enggan datang mengaji selama ni, bila di ajak, bahkan ada yg rumahnya depan kelas ngaji selama ni, katanya takut kene Covid19, takde masa, susah nak ngaji dlm talian, sibuk bisnis,  berbagai alasan lagi, aku terkejut, apabila secara jemaah jugek mereka terpaksa dimasukkan ke pusat kuarantin apabila disahkan Positif C19. Satu persatu gugur syahid wabak. Ada yg whatsap mintak doakan sebelum ditidurkan, sempat lagi menyatakan penyesalannya selama ni kerana bertangguh untuk datang mengaji. Apakandaya, sebak hati melihat keadaan itu. 

Ada jugek yg kata nak start mengaji selepas PKP 3.0, jika dah ada kebebasan, jika dah menang lawan C19, aku juga terkejut, orang yang beralasan begitu ramai yg gugur meninggal dunia asbab Covid19. Dalam hatiku, boleh mengatakan; siapa yang meremehkan AlQuran menyebabkan Allah SWT murka dan pasti menurunkan malapetakaNya, itu adalah benar. 

Doaku semoga Allah terus membuka hati org2 yg selama ini tertutup pintu hatinya utk belajar mengaji dan mentadabburkan ayat-ayat Allah SWT, sebelum terlambat. Jangan lagi pandai mereka-reka berbagai alasan, hanya nak mengelak daripada perbetulkan bacaan AlQuran.

Nauzubillah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan