Ahad, 23 April 2023

YURAN RM30, ADA YG SANGGUP ENGGAN BELAJAR MENGAJI.

 






























Oleh Azli Aziz:

Mulanya memang tak percaya, bahawa adanya orang yang sanggup tidak mahu belajar mengaji AlQuran hanya disebabkan yuran bulanan mengaji RM30. Memang perkara ni dah lama ku dengar, sejak dulu. Tapi, sekadar dengar dan ada rasa dalam hati ; "ada ke insan muslim seperti itu?" Ah! mustahil. itu hanya fitnah, agaknya..

Kemudian, dengan izinNya, suatu hari aku terbaca viral di Media Sosial dimana seorang ibu mempertikaikan yuran RM30 yang menurutnya, mahal sangat. Ish aku rasa terkedu membacanya. Tidak dinafikan, adalah satu sikap yang terpuji, apabila ibubapa menghantar anak-anak ke kelas-kelas mengaji Al Quran, tetapi adalah tidak wajar apabila mereka mengatakan yuran RM30 itu dianggap mahal, kalau subjek akademik takpa bayar mahal, katanya. Apalah nasib AlQuran di akhir zaman ni...sebak dadaku apabila adanya segelintir umat Nabi Muhammad saw yang tidak sanggup berkorban harta untuk mengimarah PENGAJIAN ISLAM.