Isnin, 22 Februari 2021

MENCARI PESERTA NGAJI, di RUMAHngaji AL KAUTHAR Taman Balok Perdana

 


Oleh : Ustaz Azli Aziz

Pada asalnya, ia hanya sebuah kedai gunting rambut. Menurut Tuan Kedai, Hajjah Fatimah (bukan nama sebenar), kedai itu disewa oleh beberapa orang muda yang pada mulanya bersemangat untuk membuka sebuah BABERSHOP, dan akan melatih lebih ramai anak-anak muda agar mahir gunting rambut, katanya. Menurut aku, ia suatu perniagaan yang ada potensi jika diurus dengan baik. Tapi, entahkan dimana silapnya, semangat itu makin memudar, mungkin ada masalah yang tidak dapat di elakkan, pemuda-pemuda tadi menghilang dan meninggalan kedai tersebut begitu sahaja. Amat disayangkan.

Oleh itu, Hajjah Fatimah mengambil semula kedai dari mereka dan bertanyakan, apakah aku sedang mencari space (ruang) untuk Pusat Pengurusan RUMAHngaji yang semakin berkembang di Kuantan ini.

Aku sangat berterima kasih kepada Hajjah dan suaminya yang telah sanggup mengeluarkan dana yang tidak kecil untuk me-renovat kedai ini, setelah di baiki selama 3 bulan, alhamdulillah hari ini, aku mulakan mencari peserta kelas yang aku jangkakan akan beroperasi pada bulan Mac, 2021 nanti.


Nota: 

Nama RUMAngaji ini telah ditukar daripada AL WARDAH kepada AL KAUTHAR atas kehendak PENGINFAQ premis ini dan persetujuan bersama.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan