Jumaat, 3 Ogos 2018

SEPUTAR HARI KONVOKESYEN OUM 2016


Memang hobi aku adalah BELAJAR. Tak tahu lah kenapa. Kejayaan ini membuatkan aku lebih mencabar diri sendiri untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.

Khamis, 2 Ogos 2018

PERLUNYA ISTERI SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT




























Norazli Bin Aziz S.Ag.M.A

Sebagai isteri yang setia, Dewi menyaksikan kegigihanku berusaha mendapatkan apa yang kucita-citakan. Memang adakalanya semangat jatuh (down) apabila menerima rintangan dan ujian yang terasa sangat berat, tak mampu dipikul. Namun, ia selalu memberikan perangsang walau tak sering. Rela bersama disaat senang dan susah. Walau akademiknya tidak setinggi mana, namun pengertiannya, keprihatinannya sentiasa membakar semangatku untuk meneruskan segala usaha dengan gigih dan tidak mengenal jemu.

Terima kasih Ardewi Ekawatiku.

2.8.2018/11.54

KEGIGIHAN MEMBUAHKAN HASIL
























Norazli Bin Aziz S.Ag.M.A

Aku terpaksa mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkan `Master Pengajian Islam` di OUM, sebanyak 3 kali tertangguh pembelajaran disebabkan lebih mengutamakan tugas-tugas hakiki di JASA Pahang pada waktu itu. Pernah tidak masuk exam kerana arahan supaya hadir ke Program `Gerak Tumpu` pada waktu itu, jika tidak hadir, tindakan tatatertib akan diambil. Agak aneh bunyinya, tetapi itulah realiti yang terpaksa aku tempuhi.