Khamis, 2 Ogos 2018

KEGIGIHAN MEMBUAHKAN HASIL
























Norazli Bin Aziz S.Ag.M.A

Aku terpaksa mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkan `Master Pengajian Islam` di OUM, sebanyak 3 kali tertangguh pembelajaran disebabkan lebih mengutamakan tugas-tugas hakiki di JASA Pahang pada waktu itu. Pernah tidak masuk exam kerana arahan supaya hadir ke Program `Gerak Tumpu` pada waktu itu, jika tidak hadir, tindakan tatatertib akan diambil. Agak aneh bunyinya, tetapi itulah realiti yang terpaksa aku tempuhi.

Dulu, pernah orangtuaku mengatakan kalau dah berumahtangga akan menganggu pembelajaran, kerana terpaksa memikul tanggungjawab yang banyak. Namun, aku cuba membuktikannya, walau dah beristeri dan 5 orang anak yang sudah dialam persekolahan, namun aku masih boleh meneruskan cita-cita untuk mendapatkan ilmu dan gelaran Master tersebut.

Terimakasih emak, ayah, adik-adik yang memberi sokongan. Dan terimakasih yang tidak terhingga kepada isteriku, Ardewi dan anak-anak tercinta. Tertulis juga dalam diary hidupku, bagaimana naik ke pentas mengambil gelaran dan sijil kejayaan. Syukur padaMu ya Allah!!.

2.8.2018/11.40 mlm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan