Selasa, 16 Julai 2024

MINYAK AJAIB HERBANIKA

 

          

Seorang Usahawanita menghasilkan Minyak Ajaib Herbanika daripada 44 jenis herba terpilih. Beliau sanggup bermastautin di sempadan perkampungan orang asli Raub, bertanam sendiri segala jenis herba, memetik, memasak dalam tempoh tertentu, merujuk kepada formula memasak herba tersebut yang diwarisi oleh nenek moyang beliau. Sebenarnya beliau tinggal di Kuantan bersama suami dan anak-anak, tetapi oleh kerana minat meneruskan usaha tersebut, beliau sanggup seminggu sekali bermastautin disitu berhari-hari bagi menghasilkan minyak yg berkualiti tersebut.

Bersambung...

Ahad, 23 April 2023

YURAN RM30, ADA YG SANGGUP ENGGAN BELAJAR MENGAJI.

 






























Oleh Azli Aziz:

Mulanya memang tak percaya, bahawa adanya orang yang sanggup tidak mahu belajar mengaji AlQuran hanya disebabkan yuran bulanan mengaji RM30. Memang perkara ni dah lama ku dengar, sejak dulu. Tapi, sekadar dengar dan ada rasa dalam hati ; "ada ke insan muslim seperti itu?" Ah! mustahil. itu hanya fitnah, agaknya..

Kemudian, dengan izinNya, suatu hari aku terbaca viral di Media Sosial dimana seorang ibu mempertikaikan yuran RM30 yang menurutnya, mahal sangat. Ish aku rasa terkedu membacanya. Tidak dinafikan, adalah satu sikap yang terpuji, apabila ibubapa menghantar anak-anak ke kelas-kelas mengaji Al Quran, tetapi adalah tidak wajar apabila mereka mengatakan yuran RM30 itu dianggap mahal, kalau subjek akademik takpa bayar mahal, katanya. Apalah nasib AlQuran di akhir zaman ni...sebak dadaku apabila adanya segelintir umat Nabi Muhammad saw yang tidak sanggup berkorban harta untuk mengimarah PENGAJIAN ISLAM. 

Selasa, 7 September 2021

JANGAN TERJAJAH DGN PANDEMIK INI "dgn cara enggan belajar mengaji"


Kelas mengaji Al Quran tetap dijalankan oleh guru-guru walaupun terpaksa secara dalam talian sahaja. Alhamdulillah, setakat hari ini, hampir 219 org mengaji dlm talian, seminggu 2-3 kali, dibimbing oleh 19 orang guru berkelayakan, di 12 buah RUMAHngaji sekitar daerah Kuantan. Guru-guru semakin mahir menggunakan platform Google Meet, Zom, Webex, video Whatsap Call, FB Stramex, FB LIVE dan berbagai pelantar lagi. Bagiku tiada yg mustahil jika kita terus berusaha dan tawakkal kepadaNya. Tiada alasan munasabah lagi utk JAHIL Quran, buta TAJWID dan lainnya. Kita harus menang melawan COVID19, jangan gara-gara Covid ini, kita hilang semangat untuk terus mendalami AlQuran.