Mulanya memang tak percaya, bahawa adanya orang yang sanggup tidak mahu belajar mengaji AlQuran hanya disebabkan yuran bulanan mengaji RM30. Memang perkara ni dah lama ku dengar, sejak dulu. Tapi, sekadar dengar dan ada rasa dalam hati ; "ada ke insan muslim seperti itu?" Ah! mustahil. itu hanya fitnah, agaknya..
Aku punya pengalaman yang boleh di share, moga bermanfaat. Aku adalah salah seorang pengusaha RUMAHngaji di sekitar Kuantan, yang telah beroperasi sejak di penghujung 2019 lagi sehinggalah hari ini. Kelas-kelas yang beroperasi itu bermula dari perkampungan-perkampungan pendalaman hingga ke kawasan bandar, dan nawaituku sejak awal, tidak mahu komersialkan program ini. Ia sekadar mengajak dan menawarkan khidmat bakti mengajar dewasa dan warga emas mengenal al Quran, bermula dari IQRA (basic), mahir Tajwid dan akhir sekali mampu mentadabbur ayat-ayat Alquran, memahami hukum-hukum berdasarkan ayat-ayat yang dibaca.
Dan, memang aku meletakkan yuran sebulan RM30. Mengaji sebelah pagi, petang atau malam. Gurunya berbeza setiap sesi. Seminggu 2 kali mengaji. Sebulan 8 kali. Jika di bahagikan 8 kali dengan jumlah yuran RM30, bermakna, peserta mengaji hanya perlu membayar sejumlah RM3.75 sekali mengaji. Sebenarnya yuran itu digunakan untuk membayar sedikit sebanyak imbuhan guru-guru Al Quran yang mengajar mereka. Guru yang ada setakat hari ni adalah 20 orang, siapa lagi yang diharapkan dapat memakmurkan kehidupan para guru Al Quran, para ustaz jika tidak kita sendiri, umat Nabi Muhammad saw.
Hakikat sebenarnya, bagi orang yang faham NILAI ILMU, seberapun yuran, tidak akan dapat membayar khidmat bakti mereka, yang kadang-kadang kuperhatikan, bukan sejam mengajar hingga lewat malam, sebelah pagi meninggalkan urusan isteri dan anak-anak, bahkan 2 malah 3 jam mengajar. Sedang imbuhan hanya mampu bayar 1 jam pertama sahaja. Mereka juga mempunyai keluarga dan kehidupan. Ilmu Al Quran adalah ilmu nombor satu perlu mahir, sebelum datangnya ilmu-ilmu yang lain. Perlu faham itu. Maka nilai ilmu agama bukan RM30 lagi. Kenapa kita sanggup bayar mahal untuk ilmu akademik, dan beranggapan ilmu Alquran susah nak dapat kerja susah nak cari makan! Orang yang bercakap begini disebabkan TOXIC DUNIAWI berkeladak dalam jiwa. Lebih materialistik bahkan meremehkan ajaran Nabi Muhammad saw supaya belajar AlQuran dan mengajarkannya kepada orang lain.
Ada beberapa kelas mengaji yang akhirnya terpaksa ditutup, kerana enggan membayar yuran RM30, saya akan lanjutkan di SIRI 2, inshaallah...
UAZ, Bandaraya Kuantan
22.4.2023 SABTU 5.30 pagi
1 SYAWAL 1444H

Tiada ulasan:
Catat Ulasan