Ahad, 23 April 2023

YURAN RM30, ADA YG SANGGUP ENGGAN BELAJAR MENGAJI.

 






























Oleh Azli Aziz:

Mulanya memang tak percaya, bahawa adanya orang yang sanggup tidak mahu belajar mengaji AlQuran hanya disebabkan yuran bulanan mengaji RM30. Memang perkara ni dah lama ku dengar, sejak dulu. Tapi, sekadar dengar dan ada rasa dalam hati ; "ada ke insan muslim seperti itu?" Ah! mustahil. itu hanya fitnah, agaknya..

Kemudian, dengan izinNya, suatu hari aku terbaca viral di Media Sosial dimana seorang ibu mempertikaikan yuran RM30 yang menurutnya, mahal sangat. Ish aku rasa terkedu membacanya. Tidak dinafikan, adalah satu sikap yang terpuji, apabila ibubapa menghantar anak-anak ke kelas-kelas mengaji Al Quran, tetapi adalah tidak wajar apabila mereka mengatakan yuran RM30 itu dianggap mahal, kalau subjek akademik takpa bayar mahal, katanya. Apalah nasib AlQuran di akhir zaman ni...sebak dadaku apabila adanya segelintir umat Nabi Muhammad saw yang tidak sanggup berkorban harta untuk mengimarah PENGAJIAN ISLAM. 

Selasa, 7 September 2021

JANGAN TERJAJAH DGN PANDEMIK INI "dgn cara enggan belajar mengaji"


Kelas mengaji Al Quran tetap dijalankan oleh guru-guru walaupun terpaksa secara dalam talian sahaja. Alhamdulillah, setakat hari ini, hampir 219 org mengaji dlm talian, seminggu 2-3 kali, dibimbing oleh 19 orang guru berkelayakan, di 12 buah RUMAHngaji sekitar daerah Kuantan. Guru-guru semakin mahir menggunakan platform Google Meet, Zom, Webex, video Whatsap Call, FB Stramex, FB LIVE dan berbagai pelantar lagi. Bagiku tiada yg mustahil jika kita terus berusaha dan tawakkal kepadaNya. Tiada alasan munasabah lagi utk JAHIL Quran, buta TAJWID dan lainnya. Kita harus menang melawan COVID19, jangan gara-gara Covid ini, kita hilang semangat untuk terus mendalami AlQuran.

Khamis, 14 Mei 2020

SUNGKEMAN : DISINI AKU BELAJAR MENGHORMATI ORANGTUA

SUNGKEMAN : Disini aku belajar menghormati keduaorangtua..




















Susunan:
Azli Aziz

Kesemua yang berada di dalam gambar telah terpisah. Kesemuanya telah pulang ke hadirat Illahi, kecuali DINDA, isteri kepada adik Iparku, ADI. Siapa sangka, keluarga ini telah terpencar semuanya. Dengan kehendak Allah, mereka pernah bersatu, namun dengan kehendak Allah jua, mereka terpencar ke serata alam hari ini. 

Setiapkali Lebaran, kami akan sungkeman seperti ini, dari anak paling tua (istriku), menantu hingga ke cucu cicit, wajib bersalaman, tunduk dan menyebutkan kata-kata "mohon maaf Ibu, Bapak, nanti mereka akan membalas dengan kata-kata yang baik dan menasihati kita agar hidup lebih baik, biasanya masing-masing tidak akan dapat menahan air mata....

Disini aku belajar harkat dan martabat ibubapa, cara menghormati mereka, tidak akan pernah timbul sikap derhaka si anak selama-lamanya. Ini yang telah hilang dari budaya orang melayu hari ini, ia perlu dibudayakan semula.

Azli Aziz  |  Khamis  |  14.5.2020  |